Tuesday 4 February 2020

Organizational behaviour: toxic environment & cara mengatasi


Hari ni terdetik idea nak tulis pasal organizational behaviour. Bagi mereka yang ada pengalaman kerja, organizational behaviour ni memang akan memberi kesan secara lansung dan tak lansung terhadap prestasi dan output sesuatu tugas.

Sebelum saya terangkan secara mendalam (lebih kepada real situation-pengalaman sendiri), Organizational Behaviour (OB)  ni secara tidak formal, maksudnya adalah perangai, tabiat ,perilaku dan aktiviti didalam sesuatu kumpulan  yang membentuk sesebuah organisasi...pernah dengar tak “the culture shape the organization or the organization shape the culture?”.haa lebih kurang macam tu la..

Perkongsian kali ni adalah untuk memberi sedikit pendedahan buat para graduan yang baru nak mulakan kerja. Macam saya dulu, semasa tahun pertama bekerja saya sambung master (Office Systems Management) dan memang subjek OB ni ada dalam silibus, jadi masa buat assignment memang boleh relate habis dan dapat A..yuhuuuuu...hehe.

Pengalaman kerja hampir 8 tahun  memang banyak pasal tabiat/perangai/perilaku organisasi ni. Stress tu memang la, tapi waktu tu tak pandai handle lagi. Layan je stress tu, sedangkan tak bagus untuk kesihatan. Antara perangai-perangai yang sealu kita jumpa dalam organisasi:

1) Kaki ampu- jenis ni selalunya akan bagi hadiah, xkisahla makanan ke..cenderahati...atau pun buat event(bday boss selalu paling beria) utk boss; kalau bab kerja selalunya kureng sikit...fokus kaki ampu ni selalu kat boss dan org2 penting dlm company. Kalau setakat sedekah makan ari jumaat kt member2 ofis tu tak la tergolong dalam ni.

2) Kaki aircond- kipas/aircond ni selalu depan lain belakang lain, depan boss selalu kipas baik punya.

3) The bawang- biasa la...tak payah tunggu kenduri, kat ofis pun memang sedia ramai pak cik mak cik bawang ni..siap ada group wasap untuk membawang je...fuhhh....ape je nama group wasap korang, the ketupat krew, geng tadarus, ukhti ukhtun, geng takut bini...you named it...hahah

4) Tukang sorak- yang ni pantang kalau ada orang salah, diorang akan bersorak lebih. Perkara baik tu senyap je tak bercerita...tetapi selalunya bukan berkenaan kerja...lebih kepada personal. Ingat semua, tak baik bukak aib orang, kalau kena batang hidung sendiri baru tau.

5) Ape-ape je la..- percaya atau tak memang ada yang jenis macam ni...selalu yang jenis macam ni dia neutral dengan semua orang, ape-ape jadi kat ofis dia buat dekkkk je...die online je, tengok youtube, ikut suka la...asalkan gaji masuk...

6) Kaki movie –datang ofis tengok movie, drama...fuhh..ni memang selamba...tapi memang ada...office hour ok!!

7) Kaki report-yang ni pulak kalau report benda betol tak ape, tapi selalunya tak betol...sebab ikut emosi dia..Kalau dia suke takde masalah, kalau dia tak suka..paham-paham je la...nasihat saya untuk golongan ni pikir la periuk nasi orang sebelum sampai menyampai ni, sebab diri sendiri pun ada buat salah masa bekerja..online lazada, zalora, shopee...mesti ada kat ofis korang kan.

8) Kaki busy memanjang- haha, yang ni rasanya tak kacau orang, tapi ye la..dia akan nampak busy je, bejalan kesana kesini, tapi kita tak tau dia buat ape...dan paling sedih, kerja tetap tak siap.

Kaki-kaki yang terlibat dalam list ni mungkin ada banyak lagi...tapi saya senaraikan sikit sahaja berdasarkan pengalaman.

Sebenarnya, organizational behaviour ni, banyakkkk mempengaruhi pencapaian dan pelaksanaan tugas kita. Kalau environment tu negative, jenis berkira, banyak isu, ada provokasi, politik dalam ofis, talam 100 muka memang output kerja akan jadi so so. Macam mana kerja nak siap pada waktu yang ditetapkan? Jadi, untuk atasi isu macam ni, antara tips nya adalah:

1) Tenang, cuba pikir balik korang kerja untuk apa, datang ofis untuk kerja kan, bukan drama. So sebaiknya jangan layan aura negatif sekeliling tu. Rugi kelayakan diploma, ijazah, master yang kita ada kalau tak digunakan pada jalan yang betul.

2) Fokus. Pikir keutamaan ke tempat kerja adalah untuk selesaikan kerja, bukan nak layan benda2 mcm ni

3) Tambah nilai dalam diri, maksudnya cuba tambah ilmu dalam kerja kita, excel trick ke, words trick ke, yang mana boleh bantu mempercepatkan kerja kita. Maybe bole ambik kursus atau kelas. Buat macam ni lagi berbaloi, sebab kita takde masa nak melayan rasa tak best yang timbul. Ambil la kelas English communication ke...ape-ape yang boleh kita gunakan untuk jangka masa panjang.

4) Jangan terlibat dengan group suka bergosip. Serius, ini penting, tak perlu terlibat dengan geng kaki gossip sebab memberi kesan kepada emosi. Kenapa korang perlu fikir benda yang tiada kaitan dengan diri sendiri...lagi pun gossip ni memang selalu nya pasal personal, bukan pasal kerja.  Jadi tak berbaloi.

5) Keutamaan kepada kerja. Buat “To do list” untuk diselesaikan setiap hari. Selalunya kerja yang carry foward  boleh tulis siap-siap untuk elak lupa. Cara macam ni buat kita lebih focus. Sampai ofis dah nampak kena buat ape, reply email ke, wasap ke, draf surat ke dan sebagainya.

6) Dengar ceramah atau motivasi- minda ni sama macam badan, perlukan makanan, jadi makanan kepada minda adalah motivasi. Boleh ke youtube, sekarang dah banyak perkongsian tentang motivasi. Secara peribadi saya lebih suka ke channel Prof Muhaya, Promis.

7) Hormat. Hormat dan terima perbezaan setiap orang. Tidak bermakna kalau orang tak suka benda yang kita suka dia tak bagus. Masing-masing ada hak memilih dan nak berkawan dengan siapa...Cammon la...chill please.

Perkongsian ini, lebih kepada catatan peribadi pengalaman saya sendiri. Mungkin ada sesiapa yang ada pengalaman boleh share di bahagian komen. Tapi ulasan ni fokus kepada toxic environment sahaja, positive side tu mesti ada. InsyaAllah nanti saya cuba ulas bahagian positive.

Seeloknya kita layan orang, seperti yang kita nak orang layan kita. Setiap orang yang pergi pejabat mesti akan carry masalah atau beban kat bahu. Kita tak nampak dan tak tahu ape yang setiap individu alami.

Kalau setiap orang saling hormat-menghormati, faham-memahami, buang rasa dengki, bertanggungjawab dan ada kasih sayang, 100% aman ofis kita...Nak pergi ofis pun boleh pergi dengan hati yang gembira..lalalalala...